LALUAN SIBU-KAPIT SIAP PADA 2019 — FADILLAH

Pelaksanaan projek ini adalah untuk membina akses jalan darat ke pedalaman Sarawak, khususnya Kapit dengan dunia luar yang selama ini hanya dapat di akses melalui pengangkutan air melalui Sungai Rajang.
KUCHING: Akses jalan darat ke Kapit dijangka siap pada 2019, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurutnya, pelaksanaan projek ini adalah untuk membina akses jalan darat ke pedalaman Sarawak, khususnya Kapit dengan dunia luar yang selama ini hanya dapat di akses melalui pengangkutan air melalui Sungai Rajang.
“Projek pembinaan jalan yang menghubungkan Kapit adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.
Tambah beliau, kita sekarang jalan Kapit dalam pelaksanaan saki-baki kerja pembinaan jalan di Kapit dan saya menjangkakan pada 2019, Kapit akan dihubungi dengan jalan darat. laluan itu telah lebih separuh siap, dan jalan dari Kapit ke Kanowit telah pun siap sepenuhnya.

“Masih ada lagi beberapa kawasan tertentu yang belum siap pembinaannya, namun ia tidak menjejaskan kelancaran projek untuk siap mengikut jadual,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan “katil pesakit”kepada seorang pesakit Siti Jompot di Kampung Segedup dekat sini.

Siti Jompot telah menderitai stroke atau angin ahmar sejak dua tahun lalu, dan sejak itu terlantar sakit.

Sementara itu, dalam majlis terdahulu iaitu di SK Petra Jaya, Fadillah menyambut baik penukaran nama Jambatan Emas Sarawak kepada Jambatan Darul Hana seperti yang diisytihar Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

 Katanya, jambatan yang melambangkan perpaduan itu dinamakan sempena nama Sarawak lama, sewaktu diperintah oleh Sultan Tengah yang mangkat pada 1641.
Kategori
Borneo