KEPIMPINAN BAHARU SABERKAS AKAN TERUS PACU PEMBANGUNAN BELIA

Saya yakin pasukan yang mantap ini akan dapat bergerak bersama saya untuk meneruskan hala tuju membawa perubahan mengikut zaman yang berubah
KUCHING: Kepimpinan baharu Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) bagi tahun 2017-2020 diyakini akan membawa hala tuju baharu untuk membangunkan pertubuhan tersebut ke arah yang lebih baik.
 
Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau yakin barisan baharu ini akan dapat membawa hala tuju baharu kepada pembangunan belia di Sarawak khususnya dalam bidang tertentu termasuk sukan, sosial dan ekonomi.
 
“Saya yakin pasukan yang mantap ini akan dapat bergerak bersama saya untuk meneruskan hala tuju membawa perubahan mengikut zaman yang berubah serta menyumbang dan memenuhi kehendak belia,” katanya.
 
Terdahulu Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) mengekalkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai presiden bagi penggal 2017-2020 menerusi Perhimpunan Agung Tritahunan SABERKAS.
 
Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden diberikan kepada muka baharu iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bagi menggantikan Datuk Roland Sagah Wee Inn yang mengundur diri kerana ingin memberi peluang kepada muka baharu.
 
Naib presiden juga menyaksikan tiga muka baharu iaitu Dr. Abdul Rahman Junaidi, Dennis Ngau dan Gerald Rentap Jabu termasuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, yang menang tanpa bertanding.
 
Manakala jawatan setiausaha agung yang ditinggalkan oleh Dr Abdul Rahman menyaksikan Abdullah Saidol dilantik sebagai pengganti.
 
Pengumuman keputusan tersebut termasuk pemilihan 25 exco Saberkas diumumkan oleh Roland Sagah pada majlis makan malam Saberkas, kelmarin.– Sarawakiana
Kategori
Borneo