ABANG JO TETAP FOKUS PERJUANGKAN SARAWAK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menghalang kerana setiap tindakan Abang Jo adalah untuk manfaat rakyat Sarawak secara menyeluruh
Setelah mecanangkan impian Sarawak untuk memiliki syarikat minyak dan gas sendiri akhirnya tercapai, malah ahli lembaga pengarah sudah dilantik yang mana bukan dari kalangan ahli politik.
Dengan tertubuhnya syarikat itu juga, Sarawak mampu menjana sumber pendapatan untuk negeri dan mencipta lebih banyak peluang pekerja kepada anak negeri.
Dalam masa sama, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg turut melancarkan kewujudan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) membuktikan satu lagi rancangan beliau sebelum ini telah menjadi nyata. Kewujudan DBOS akan menjadi sumber kewangan kepada pembangunan Sarawak seterusnya.
Sebelum ini Abang Jo turut berjanji untuk menaiktaraf kelajuan internet di Sarawak dan ia direalisasikan apabila kerajaan telah meluluskan peruntukkan sejumlah satu bilion. Ini kerana Abang Jo mahu seluruh rakyat Sarawak dapat meningkatkan pendapatan dengan mencebur dalam teknologi ekonomi digital. Tidak mustahil Sarawak akan mencapai negeri maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2030.
Abang Jo turut melaksanakan jajaran penghubung kawasan pesisir dengan memperuntukkan peruntukan yang besar bagi membina jambatan dan jalan pesisir di seluruh Sarawak. Ironinya rakyat Sarawak akan bergiat aktif dalam keusahawanan dan mempunyai ekonomi yang kukuh.
Berkaitan perjuangan Sarawak mengembalikan hak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Abang Jo telah menghantar barisan peguam ke London untuk merujuk perjanjian tersebut agar ia diperjelaskan dengan fakta.
Malah segala tindakan Abang Jo begitu mudah apabila kerjasama kerajaan negeri dengan pusat begitu baik. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menghalang kerana setiap tindakan Abang Jo adalah untuk manfaat rakyat Sarawak secara menyeluruh. – Abdul Halim Jantan
Kategori
Borneo